ENGARAGE Next-Gen Workshop Management System CRM for Auto-Repair Shop
Ramai owner bengkel masih tulis invoice pakai buku resit, taip dalam WhatsApp, atau main copy-paste dalam Excel. Mula-mula memang nampak okay, tapi bila pelanggan makin ramai, invoice pun mula bercelaru. Nak cari balik? Susah. Pelanggan tanya harga? Kena selak buku. Nak kira untung rugi, harga modal barang? Kepala dah pening.
Sebenarnya invoice ni benda paling penting sekali sebab melibatkan duit keluar masuk. Bukan sekadar tunjuk harga — invoice ada details barang, naikkan imej bengkel, dan buat pelanggan lebih yakin nak datang semula.
Invoice bukan penting untuk bengkel je. Apa-apa jenis bisnes pun penting sebab melibatkan transaksi penjual dan pelanggan. Invoice ni kira macam resit rasmi tapi versi lengkap dan proper. Bila pelanggan dah siap servis, kita keluarkan invoice yang ada nama dia, kerja apa kita buat, barang apa ditukar, berapa harga, dan bila dia datang. Semua tu penting untuk simpan rekod, kira untung rugi, dan bila nak hantar kat akauntan hujung tahun.
Bila invoice buat secara manual, banyak benda boleh jadi. Kadang invoice hilang. Kadang kita tak pasti pelanggan dah bayar ke belum. Bila pelanggan datang claim warranty, invoice tak jumpa. Itu belum masuk masa nak kira balik semua invoice bulan lepas. Memang masak la admin.
Lagi satu, bila kita buat invoice pakai buku atau Excel, ambil masa. Dalam masa tu kita boleh je buat kerja lain. Tapi sebab stuck tulis invoice, kerja lain terbengkalai.
Bayangkan kalau invoice boleh keluar automatik bila kerja siap. Tak payah taip lagi. Tak payah hantar satu-satu kat pelanggan. Sistem macam ENGARAGE boleh buat semua tu.
Invoice terus keluar siap dengan maklumat pelanggan, job card, harga dan warranty. Pelanggan pun dapat terus invoice melalui WhatsApp. Kita pun boleh tahu siapa dah bayar dan siapa belum. Senang gila nak follow-up.
Sistem ni juga simpan semua invoice ikut nama pelanggan, nombor plat, atau tarikh. Bila nak cari, cuma taip dan terus jumpa. Tak perlu selak fail atau telefon staff tanya.
Yang penting, semua catatan tersimpan dalam sistem. Jadi cakap dengan pelanggan pun lebih yakin, bukan main agak-agak. Pelanggan pun percaya, bos bengkel pun senyum sebab sales naik.
ENGARAGE memang dibina khas untuk bengkel kat Malaysia. Tak macam POS atau software biasa, sistem ni ada fungsi invoice yang khas ikut cara kerja sebenar bengkel.
Anda boleh:
Hasilkan invoice terus lepas job siap
Hantar invoice terus ke WhatsApp pelanggan
Simpan invoice lama dengan kemas
Tahu pelanggan mana belum bayar
Dan kalau nak print? Boleh. Kalau nak pakai PDF? Pun boleh.
Pelanggan suka bila kita nampak profesional. Invoice yang kemas dan cepat sampai buat mereka rasa dihargai. Lagi senang mereka nak bayar, dan lagi besar peluang mereka datang balik.
Kalau sekarang bengkel masih guna invoice manual, ini masa sesuai untuk cuba sistem digital. Tak susah pun nak mula. Lagi cepat mula, lagi senang kerja anda nanti.
Cuba ENGARAGE sekarang — ada plan percuma untuk anda test dulu.
Klik sini untuk daftar
Boleh sangat. Anda boleh simpan sebagai PDF atau terus print kalau pelanggan nak salinan fizikal.
Ada. Sistem kita boleh hantar WhatsApp untuk ingatkan pelanggan pasal bayaran.
Buat masa ni untuk guna invoice dalam ENGARAGE , boleh guna secara percuma.