ENGARAGE Next-Gen Workshop Management System CRM for Auto-Repair Shop

BLOGS

5 Kesalahan Invoice Bengkel Kereta & Cara Elak Supaya Tak Rugi

Perbandingan invoice untuk bengkel kereta antara cara manual guna kertas dan sistem digital ENGARAGE yang lebih mudah dan profesional.

Dalam dunia bisnes bengkel kereta, nak siapkan kereta customer memang satu hal tapi cara urus invoice pun boleh jadi pening kalau tak kena cara. Ramai pemilik bengkel kat Malaysia masih buat invoice manual, ada yang tulis tangan, ada juga yang copy paste dari template lama. Masalahnya, silap sikit je boleh jadi duit tak masuk, pelanggan confuse, atau susah nak buat kira-kira hujung bulan. Bengkel kecik ke besar akan susah nak berkembang kalau masalah cashflow tak settle.

Kalau boss-boss ada mindset yang rasa invoice ni, “ala benda kecil je, asalkan kereta siap sudah la..” memang silap. Jom kita tengok 5 kesalahan biasa bengkel buat bila keluar invoice, dan macam mana nak elak benda ni dengan guna sistem digital untuk invoice macam ENGARAGE.

1. Invois Tak Lengkap: Details Customer Pun Takda

Antara kesilapan yang paling biasa bengkel kereta buat, invoice keluar tapi nama pelanggan kosong, nombor kereta tak ada, senarai servis pun entah ke mana. Bila pelanggan nak claim waranti atau ada return job, sendiri pun pening nak cari rekod.

Cara Elak:
Dengan sistem macam ENGARAGE, semua info pelanggan dah auto-masuk dari job order. Bila kerja siap, tekan je “Generate Invoice” — terus siap dengan nama, no plat, dan semua butiran servis. Senang nak trace bila-bila masa.

Paparan aplikasi ENGARAGE menunjukkan sistem invoice untuk bengkel kereta dengan status bayaran Paid dan Unpaid untuk pelanggan.

Contoh UI invoice dalam aplikasi ENGARAGE

2. Tertinggal Caj Servis atau Barang

Contoh klasik: tukar minyak hitam, tukar oil filter, tapi lupa cas gasket. Atau tukar tayar tapi tak kira balancing. Bila semua kira manual, memang akan ada benda yang tertinggal.

Cara Elak:
Dalam ENGARAGE, semua servis dan spare part boleh preset siap-siap. Bila pilih servis, harga auto masuk. Takde isu “terlupa” caj dan rugi sendiri.

Lagi satu, bila kita buat invoice pakai buku atau Excel, ambil masa. Dalam masa tu kita boleh je buat kerja lain. Tapi sebab stuck tulis invoice, kerja lain terbengkalai.

3. Invoice Dah Keluar, Tapi Bayaran Tak Clear

Pelanggan kata dah bayar, tapi tak ada resit. Atau bengkel tak ingat invoice tu dah collect ke belum. Last-last duit tak masuk pun akaun. Nanti nak audit hujung bulan mula la gelabah. 

Cara Elak:
Invoice dalam ENGARAGE ada status “Paid / Unpaid”. Bila pelanggan bayar, terus update. Boleh juga simpan bukti bayaran (gambar/nota) sekali. Tak payah buka WhatsApp lama-lama semata nak cari bukti.

4. Invoice Tak Ada Logo Bengkel

Invoice nampak kosong, tak ada branding tak ada logo workshop langsung. Pelanggan pun tak tahu invoice tu datang dari mana. Bila hantar ke syarikat untuk claim, kadang kena reject sebab tak nampak “official”.

Cara Elak:
ENGARAGE bagi option custom invoice — boleh letak logo, alamat bengkel, nombor telefon dan style ikut identiti bengkel. Nampak lebih profesional dan dipercayai.

Contoh invois untuk bengkel kereta yang dihasilkan oleh sistem ENGARAGE lengkap dengan butiran pelanggan, servis, alat ganti, dan jumlah bayaran.

Contoh invoice ENGARAGE dalam bentuk PDF 

5. Invoice Hilang Bila Nak Audit

Nak cari invoice bulan lepas, tak jumpa. Fail hilang, buku resit tak tahu mana letak, PDF entah ke mana. Bila nak buat kira-kira akhir tahun atau untuk LHDN, semua kelam-kabut.

Cara Elak:
ENGARAGE simpan semua invoice dalam satu tempat. Nak cari invoice bulan lepas? Boleh guna filter je ikut tarikh, nama pelanggan, atau status bayaran. Sekejap je boleh jumpa. Jimat masa jimat tenaga. 

Kesimpulan: Dah Tahun 2025 Dah. Guna Je Sistem Invoice

Kalau nak bengkel nampak lebih profesional, cashflow lebih lancar dan pelanggan lebih percaya, mula dari invoice dulu. Jangan tunggu masalah datang baru nak tukar sistem. ENGARAGE bagi kau sistem invoice digital yang mudah guna, boleh print, boleh simpan dan paling penting, percuma untuk mula.

Cuba ENGARAGE sekarang. Klik sini untuk daftar

Soalan Lazim (FAQ)

1. Invoice dari ENGARAGE boleh print ke?

Boleh sangat. Ada dua cara sama ada nak simpan sebagai PDF atau terus print kalau pelanggan nak salinan fizikal.

2. Boleh letak logo bengkel dalam invoice?

Boleh. Sistem ENGARAGE boleh custom invoice ikut style bengkel sendiri.

3. Macam mana nak tahu invoice tu dah dibayar atau belum?

Dalam sistem ENGARAGE, setiap invoice ada status “Paid” atau “Unpaid”. Nak set reminder untuk follow up bayaran pun boleh.

4. Susah ke nak cari balik invoice lama?

Tak susah langsung. Guna fungsi carian dalam ENGARAGE ikut nama pelanggan, tarikh, nombor kereta, atau status bayaran.

Facebook
WhatsApp
X
Telegram

MANAGE YOUR WORKSHOP ON THE GO

Download ENGARAGE App Now!

Your inventory is updated with every work order completed so you can track every spare part movements, reducing risk of lost stock & service disruption.