Penat uruskan bengkel kereta sampai tak cukup tangan? Tak penat kalau pakai ENGARAGE!
Tingkatkan produktiviti & uruskan tenaga pekerja dengan lebih cekap apabila anda bertukar kepada sistem ENGARAGE. Ianya sebuah sistem yang mencakupi pelbagai aspek seperti menguruskan temujanji servis kereta & pemasaran digital. Selain dari itu, ENGARAGE juga menyediakan segala keperluan pengurusan bengkel dalam satu sistem untuk anda.
Apa Itu ENGARAGE?
Sebuah sistem yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia, ENGARAGE membantu anda dari segi mengurus & mengawal operasi harian di dalam bengkel kereta anda. Ianya meliputi pelbagai aspek seperti pengagihan tugas, pengurusan masa, & pemantauan prestasi mekanik yang boleh meningkatkan produktiviti. ENGARAGE juga boleh membantu dalam pengurusan inventori & analisis jualan, sekaligus menjadikan operasi bengkel kereta anda lebih teratur.
Kenapa Anda Perlu Guna ENGARAGE?
1. Buku Log Membebankan
Ucapkan selamat tinggal kepada buku log yang melecehkan & simpanan rekod yang senang pudar! Dengan menggunakan ENGARAGE, anda boleh semak segala rekod lampau bengkel anda sepantas kilat. Semak jumlah jualan semasa, produktiviti mekanik, atau maklumat pelanggan dengan mudah tanpa perlu merujuk kertas kerja & buku log lama bila anda pakai ENGARAGE.
Di dalam dunia yang serba pantas, pelanggan anda juga mahukan kepantasan. Buku log & catitan tangan akan melambatkan gerak kerja anda. Bertukarlah ke ENGARAGE hari ini untuk elak sebarang kelewatan.
2. Sistem Pemfailan Mengelirukan
Anda runsing dengan sistem pemfailan bengkel yang rumit? ENGARAGE boleh membantu anda dalam pengurusan temujanji & inventori. Anda hanya perlukan laptop atau telefon pintar! Jangan risau, anda tak perlu jadi pakar IT untuk menggunakannya. ENGARAGE mudah difahami & dikendali oleh sesiapa sahaja kerana ia mempunyai tampilan yang mengikuti langkah-langkah yang logik.
We’ll send it right to your inbox! Get our free e-book on marketing tips for auto repair workshop. Available in English & Bahasa Malaysia.
Tingkatkan Kepuasan Pelanggan
Perkara yang sering bermain dalam minda pemilik bengkel adalah cara untuk menawan hati pelanggan baru & lama. Langkah terbaik adalah dengan berhubung secara langsung dengan mereka melalui SMS & emel promosi.
Melalui ENGARAGE, anda boleh hantar peringatan terus ke pelanggan. Ingatkan pelanggan anda tentang penyelenggaraan kenderaan mereka yang akan datang & juga promosi terkini bengkel anda dengan alat pemasaran yang sudah tersedia ada di dalam ENGARAGE.
Teruja nak guna ENGARAGE? Sistem ini memiliki semua yang anda perlukan untuk pengurusan aktiviti harian di bengkel kereta anda.
Anda pengguna aplikasi POMEN For Workshop atau POMEN Smart Workshop? Anda boleh teruskan login menggunakan nama pengguna dan kata laluan akaun POMEN For Workshop atau POMEN Smart Workshop anda. Jom, cuba ENGARAGE sekarang!