5 Kesalahan Invoice Bengkel Kereta & Cara Elak Supaya Tak Rugi
BLOGS Dalam dunia bisnes bengkel kereta, nak siapkan kereta customer memang satu hal tapi cara urus invoice pun boleh jadi pening kalau tak kena cara. Ramai pemilik bengkel kat Malaysia masih buat invoice manual, ada yang tulis tangan, ada juga yang copy paste dari template lama. Masalahnya, silap sikit je boleh jadi duit tak masuk, pelanggan confuse, atau susah nak buat kira-kira hujung bulan. Bengkel kecik ke besar akan susah nak berkembang kalau masalah cashflow tak settle. Kalau boss-boss ada mindset yang rasa invoice ni, “ala benda kecil je, asalkan kereta siap sudah la..” memang silap. Jom kita tengok 5 kesalahan biasa bengkel buat bila keluar invoice, dan macam mana nak elak benda ni dengan guna sistem digital untuk invoice macam ENGARAGE. 1. Invois Tak Lengkap: Details Customer Pun Takda Antara kesilapan yang paling biasa bengkel kereta buat, invoice keluar tapi nama pelanggan kosong, nombor kereta tak ada, senarai servis pun entah ke mana. Bila pelanggan nak claim waranti atau ada return job, sendiri pun pening nak cari rekod. Cara Elak:Dengan sistem macam ENGARAGE, semua info pelanggan dah auto-masuk dari job order. Bila kerja siap, tekan je “Generate Invoice” — terus siap dengan nama, no plat, dan semua butiran servis. Senang nak trace bila-bila masa. Contoh UI invoice dalam aplikasi ENGARAGE 2. Tertinggal Caj Servis atau Barang Contoh klasik: tukar minyak hitam, tukar oil filter, tapi lupa cas gasket. Atau tukar tayar tapi tak kira balancing. Bila semua kira manual, memang akan ada benda yang tertinggal. Cara Elak:Dalam ENGARAGE, semua servis dan spare part boleh preset siap-siap. Bila pilih servis, harga auto masuk. Takde isu “terlupa” caj dan rugi sendiri. Lagi satu, bila kita buat invoice pakai buku atau Excel, ambil masa. Dalam masa tu kita boleh je buat kerja lain. Tapi sebab stuck tulis invoice, kerja lain terbengkalai. 3. Invoice Dah Keluar, Tapi Bayaran Tak Clear Pelanggan kata dah bayar, tapi tak ada resit. Atau bengkel tak ingat invoice tu dah collect ke belum. Last-last duit tak masuk pun akaun. Nanti nak audit hujung bulan mula la gelabah. Cara Elak:Invoice dalam ENGARAGE ada status “Paid / Unpaid”. Bila pelanggan bayar, terus update. Boleh juga simpan bukti bayaran (gambar/nota) sekali. Tak payah buka WhatsApp lama-lama semata nak cari bukti. 4. Invoice Tak Ada Logo Bengkel Invoice nampak kosong, tak ada branding tak ada logo workshop langsung. Pelanggan pun tak tahu invoice tu datang dari mana. Bila hantar ke syarikat untuk claim, kadang kena reject sebab tak nampak “official”. Cara Elak:ENGARAGE bagi option custom invoice — boleh letak logo, alamat bengkel, nombor telefon dan style ikut identiti bengkel. Nampak lebih profesional dan dipercayai. Contoh invoice ENGARAGE dalam bentuk PDF 5. Invoice Hilang Bila Nak Audit Nak cari invoice bulan lepas, tak jumpa. Fail hilang, buku resit tak tahu mana letak, PDF entah ke mana. Bila nak buat kira-kira akhir tahun atau untuk LHDN, semua kelam-kabut. Cara Elak:ENGARAGE simpan semua invoice dalam satu tempat. Nak cari invoice bulan lepas? Boleh guna filter je ikut tarikh, nama pelanggan, atau status bayaran. Sekejap je boleh jumpa. Jimat masa jimat tenaga. Kesimpulan: Dah Tahun 2025 Dah. Guna Je Sistem Invoice Kalau nak bengkel nampak lebih profesional, cashflow lebih lancar dan pelanggan lebih percaya, mula dari invoice dulu. Jangan tunggu masalah datang baru nak tukar sistem. ENGARAGE bagi kau sistem invoice digital yang mudah guna, boleh print, boleh simpan dan paling penting, percuma untuk mula. Cuba ENGARAGE sekarang. Klik sini untuk daftar Soalan Lazim (FAQ) 1. Invoice dari ENGARAGE boleh print ke? Boleh sangat. Ada dua cara sama ada nak simpan sebagai PDF atau terus print kalau pelanggan nak salinan fizikal. 2. Boleh letak logo bengkel dalam invoice? Boleh. Sistem ENGARAGE boleh custom invoice ikut style bengkel sendiri. 3. Macam mana nak tahu invoice tu dah dibayar atau belum? Dalam sistem ENGARAGE, setiap invoice ada status “Paid” atau “Unpaid”. Nak set reminder untuk follow up bayaran pun boleh. 4. Susah ke nak cari balik invoice lama? Tak susah langsung. Guna fungsi carian dalam ENGARAGE ikut nama pelanggan, tarikh, nombor kereta, atau status bayaran. Facebook WhatsApp X Telegram MANAGE YOUR WORKSHOP ON THE GO Download ENGARAGE App Now! Your inventory is updated with every work order completed so you can track every spare part movements, reducing risk of lost stock & service disruption. Daftar ENGARAGE Percuma Sekarang Back to Blogs
Workshop Kereta Di Malaysia Wajib Guna Sistem Invoice
BLOGS Ramai owner bengkel masih tulis invoice pakai buku resit, taip dalam WhatsApp, atau main copy-paste dalam Excel. Mula-mula memang nampak okay, tapi bila pelanggan makin ramai, invoice pun mula bercelaru. Nak cari balik? Susah. Pelanggan tanya harga? Kena selak buku. Nak kira untung rugi, harga modal barang? Kepala dah pening. Sebenarnya invoice ni benda paling penting sekali sebab melibatkan duit keluar masuk. Bukan sekadar tunjuk harga — invoice ada details barang, naikkan imej bengkel, dan buat pelanggan lebih yakin nak datang semula. Kenapa Invoice Penting Untuk Bengkel? Invoice bukan penting untuk bengkel je. Apa-apa jenis bisnes pun penting sebab melibatkan transaksi penjual dan pelanggan. Invoice ni kira macam resit rasmi tapi versi lengkap dan proper. Bila pelanggan dah siap servis, kita keluarkan invoice yang ada nama dia, kerja apa kita buat, barang apa ditukar, berapa harga, dan bila dia datang. Semua tu penting untuk simpan rekod, kira untung rugi, dan bila nak hantar kat akauntan hujung tahun. Masalah Bila Guna Cara Manual Bila invoice buat secara manual, banyak benda boleh jadi. Kadang invoice hilang. Kadang kita tak pasti pelanggan dah bayar ke belum. Bila pelanggan datang claim warranty, invoice tak jumpa. Itu belum masuk masa nak kira balik semua invoice bulan lepas. Memang masak la admin. Lagi satu, bila kita buat invoice pakai buku atau Excel, ambil masa. Dalam masa tu kita boleh je buat kerja lain. Tapi sebab stuck tulis invoice, kerja lain terbengkalai. Guna Sistem Digital, Hidup Lagi Senang Bayangkan kalau invoice boleh keluar automatik bila kerja siap. Tak payah taip lagi. Tak payah hantar satu-satu kat pelanggan. Sistem macam ENGARAGE boleh buat semua tu. Invoice terus keluar siap dengan maklumat pelanggan, job card, harga dan warranty. Pelanggan pun dapat terus invoice melalui WhatsApp. Kita pun boleh tahu siapa dah bayar dan siapa belum. Senang gila nak follow-up. Sistem ni juga simpan semua invoice ikut nama pelanggan, nombor plat, atau tarikh. Bila nak cari, cuma taip dan terus jumpa. Tak perlu selak fail atau telefon staff tanya. Yang penting, semua catatan tersimpan dalam sistem. Jadi cakap dengan pelanggan pun lebih yakin, bukan main agak-agak. Pelanggan pun percaya, bos bengkel pun senyum sebab sales naik. ENGARAGE – Sistem Invoice Untuk Bengkel Moden ENGARAGE memang dibina khas untuk bengkel kat Malaysia. Tak macam POS atau software biasa, sistem ni ada fungsi invoice yang khas ikut cara kerja sebenar bengkel. Anda boleh: Hasilkan invoice terus lepas job siap Hantar invoice terus ke WhatsApp pelanggan Simpan invoice lama dengan kemas Tahu pelanggan mana belum bayar Dan kalau nak print? Boleh. Kalau nak pakai PDF? Pun boleh. Kepentingan Invoice membantu kenaikan jualan Pelanggan suka bila kita nampak profesional. Invoice yang kemas dan cepat sampai buat mereka rasa dihargai. Lagi senang mereka nak bayar, dan lagi besar peluang mereka datang balik. Kalau sekarang bengkel masih guna invoice manual, ini masa sesuai untuk cuba sistem digital. Tak susah pun nak mula. Lagi cepat mula, lagi senang kerja anda nanti. Cuba ENGARAGE sekarang — ada plan percuma untuk anda test dulu. Soalan Lazim (FAQ) 1. Invoice dari ENGARAGE boleh print ke? Boleh sangat. Anda boleh simpan sebagai PDF atau terus print kalau pelanggan nak salinan fizikal. 2. Boleh letak logo bengkel dalam invoice? Boleh. ENGARAGE bagi anda custom invoice ikut style bengkel sendiri. 3. Pelanggan belum bayar, ada reminder ke? Ada. Sistem kita boleh hantar WhatsApp untuk ingatkan pelanggan pasal bayaran. 4. Berapa kos sistem macam ni? Buat masa ni untuk guna invoice dalam ENGARAGE , boleh guna secara percuma. Facebook WhatsApp X Telegram MANAGE YOUR WORKSHOP ON THE GO Download ENGARAGE App Now! Your inventory is updated with every work order completed so you can track every spare part movements, reducing risk of lost stock & service disruption. Daftar ENGARAGE Percuma Sekarang Back to Blogs
Cara Naikkan Sales Bengkel Tanpa Perlu Penat Lebih
BLOGS Tak semua bos bengkel sedar… makin banyak kereta masuk bengkel tak semestinya makin banyak duit masuk poket. Kadang-kadang kerja bertimbun, kereta beratur, tapi hujung bulan untung tak ke mana. Yang peliknya, pelanggan yang dulu rajin datang pun tiba-tiba hilang. Sebenarnya, nak naikkan sales bengkel bukan kena ‘cari pelanggan baru’ setiap masa semata-mata, kita juga kena pandai jaga pelanggan lama, susun kerja lebih kemas, dan buat job yang bagi pulangan lebih. Kalau sekarang anda masih guna buku 555, whiteboard, atau hafal tarikh servis dalam kepala, anda kena baca sampai habis. Tengok Balik Job Apa Yang Banyak Bawak Untung Bukan semua job berbaloi. Contoh, tukar minyak hitam memang ramai masuk, tapi untung tak besar. Job macam overhaul, aircond major service, atau servis pakej selenggara selalunya lagi untung. Jadi, mana job yang makan masa lama tapi hasilnya sikit? Mana job yang cepat siap tapi margin tebal? Kalau tak pernah kira, rugi! Kalau masih catat guna buku atau fail Excel, lagi pening. Dengan sistem digital, semua data servis pelanggan memang senang nampak sekaligus boleh buat keputusan cepat. Gunakan Database Pelanggan Sedia Ada Bos bengkel yang dah ada pengalaman dia mesti tahu. Pelanggan lama sebenarnya lubuk duit paling senang. Tak payah iklan mahal-mahal pun, kalau tahu cara follow up. Salah satu cara senang: guna WhatsApp blaster. Sistem macam ENGARAGE boleh hantar mesej banyak sekaligus untuk ingatkan pelanggan kalau ada promosi. Tak payah mesej satu-satu. Pelanggan pun rasa, “eh murah jugak promo ni. Baik aku datang sekarang. Jimat sikit duit”. Cadangkan Benda Bermanfaat Kepada Pelanggan, Jangan Fikir Sales Je Upsell kalau buat betul-betul tak nampak macam terlalu menekan pelanggan. Contoh, bila technician nampak brek dah haus, dia rekod dalam sistem dan terus boleh terus bagitahu owner, “Abang, baik tukar terus, benda pasal safety ni kita kena jaga.” Atau masa servis aircond, check sekali filter kabin. Yang penting, semua catatan tersimpan dalam sistem. Jadi cakap dengan pelanggan pun lebih yakin, bukan main agak-agak. Pelanggan pun percaya, bos bengkel pun senyum sebab sales naik. Nak Bayar Pun Senang, Laju & Jelas Pelanggan paling tak suka kalau lepas kerja siap, tunggu invois lambat atau tiba-tiba caj berubah. Sistem digital macam ENGARAGE ni best sebab booking, detail kerja, dan invois semua dah link sekali. Bila job siap, tekan je butang dan invois terus keluar. Pelanggan bayar cepat, anda pun tak pening kepala. Stok Spare Part Tak Kejung Dalam Stor Stok ni kalau tak monitor elok-elok, duit boleh ‘tersimpan’ kat rak bertahun-tahun. Lagi sakit hati kalau tiba-tiba barang habis masa urgent. Dengan sistem yang boleh rekod semua keluar masuk barang, anda boleh tahu barang mana yang selalu cepat jalan, mana yang patut restock awal. Takde la cashflow sangkut dekat situ. Naik Sales Tanpa Stres Lebih Kalau cara kerja masih sama, kerja makin banyak pun sama je peningnya. Dengan sistem macam ENGARAGE, semua jalan lebih teratur. Booking? Ada. CRM? Ada. Report sales? Boleh tengok. Invois? Pun ada. Tak payah kira manual. Boleh fokus jaga pelanggan — bukan sibuk cari kertas hilang Dah Ready Nak Bengkel Lagi Untung? Kalau bosan asyik ulang masalah sama — kereta dah banyak tapi duit macam tu je — masa untuk upgrade cara kerja. Tak perlu belajar benda susah. Cuba ENGARAGE percuma. Tengok sendiri macam mana sistem digital ni boleh bantu jimat masa, naikkan repeat customer, dan buat kerja nampak profesional. Daftar Percuma ENGARAGE Soalan Lazim (FAQ) 1. Macam mana sistem digital boleh bantu naikkan sales bengkel saya? Sistem digital macam ENGARAGE bukan sekadar untuk rekod kerja tapi sistem ni boleh juga bantu untuk whatsapp blast, track stok spare part, dan mudahkan invois. Bila kerja lebih teratur, pelanggan suka datang balik dan mungkin akan suggest dekat kawan-kawan atau saudara mara dia. Secara tak langsung sales pun akan naik. 2. Saya baru buka bengkel, perlu ke guna sistem terus? Kalau kerja masih sikit, mungkin kita rasa manual pun dah cukup. Tapi bila pelanggan makin ramai, sistem manual ni akan ada limit dia. Penggunaan sistem digital akan membantu dari awal supaya tak kelam-kabut bila dah berkembang nanti. 3. Susah tak nak guna kalau saya tak mahir IT? Tak susah langsung. ENGARAGE memang direka untuk bengkel Malaysia yang simple, boleh guna dekat phone, tablet atau PC. Kalau ada masalah, team support akan guide step by step. Tak perlu risau. 4. Berapa kos sistem macam ni? ENGARAGE ada plan percuma untuk bengkel cuba dulu. Bila dah selesa, baru naik ke plan berbayar ikut fungsi yang anda perlukan. Tak ada komitmen tersembunyi. 5. Boleh ke saya guna sistem ni sambil kekalkan cara lama? Boleh, tapi kalau guna separuh digital separuh manual, data boleh jadi bercampur. Lebih baik guna sistem sepenuhnya untuk booking, kerja technician, rekod pelanggan, dan invois baru betul-betul boleh jimatkan masa dan kos. Facebook WhatsApp X Telegram MANAGE YOUR WORKSHOP ON THE GO Download ENGARAGE App Now! Your inventory is updated with every work order completed so you can track every spare part movements, reducing risk of lost stock & service disruption. Daftar ENGARAGE Percuma Sekarang Back to Blogs
How a Digital Booking System Saves You Hours Each Week
Discover how a workshop management system resolves challenges faced by workshop owners in the digital age. It’s time to bid farewell to manual processes and embrace efficiency for your workshop.
Cara-Cara Pengurusan Bengkel Automotif di Malaysia: Mana Satu Yang Sesuai Untuk Bengkel Anda?
Discover how a workshop management system resolves challenges faced by workshop owners in the digital age. It’s time to bid farewell to manual processes and embrace efficiency for your workshop.
Manual vs. Digital: Why Traditional Workshop Systems Are Holding You Back
Discover how a workshop management system resolves challenges faced by workshop owners in the digital age. It’s time to bid farewell to manual processes and embrace efficiency for your workshop.
Tips On Choosing the Right Workshop Management System
Discover how a workshop management system resolves challenges faced by workshop owners in the digital age. It’s time to bid farewell to manual processes and embrace efficiency for your workshop.
3 Komponen ENGARAGE Yang Memudahkan Urusan Bengkel

BLOGS ‘Manage’ merupakan antara tool yang ada dalam akaun ENGARAGE anda. Dah daftar akaun percuma ENGARAGE anda? Kalau belum, daftar di sini. Masukkan email dan kata laluan POMEN For Workshop atau POMEN Smart Workshop anda untuk menggunakan ENGARAGE. Terdapat 3 komponen di dalam ‘manage’ iaitu Booking, Work Order, & Calendar. Apa yang boleh anda lakukan dengan 3 komponen ni? Mari kami tunjukkan! Pertama sekali, anda boleh gunakan Booking untuk segala urusan temujanji pelanggan. 1. Buat booking baru 2. Semak maklumat booking baru dan rekod lama 3. Semak maklumat pelanggan 4. Langkah seterusnya yang perlu anda lakukan Anda juga boleh gunakan Booking untuk lihat maklumat pelanggan yang sedia ada. Selain dari itu, terdapat fungsi di mana anda boleh merujuk laman Booking untuk ketahui langkah seterusnya yang perlu diambil. Ini memastikan anda tidak tertinggal mana-mana booking baru yang datang dari handphone mahupun walk-in. GET FREE E-BOOK Want FREE Marketing Tips for your Workshop? We’ll send it right to your inbox! Get our free e-book on marketing tips for auto repair workshop. Available in English & Bahasa Malaysia. Get FREE E-Book Now Komponen seterusnya adalah Work Order. 1 – Buat work order baru disini 2 – Maklumat pelanggan 3 – Mekanik 4 – Status work order 5 – Jumlah harga dari setiap work order Di halaman Work Order, anda boleh pantau kerja yang sedang berlangsung di bengkel anda. Anda juga boleh semak tugasan mekanik di bengkel untuk memastikan penggunaan tenaga kerja yang bersesuaian. Tiada masa nak tengok Booking atau Work Order? Gunakan halaman Calendar untuk lihat semua temu janji & jadual harian di bengkel anda. Dengan ENGARAGE, segalanya ada di satu tempat! Anda tak perlu merujuk lejar atau buku resit yang tebal kerana segalanya ada di hujung jari. Tak sabar nak cuba? Daftar akaun ENGARAGE dengan memasukkan email dan kata laluan akaun POMEN For Workshop atau POMEN Smart Workshop secara percuma bila anda klik sini! Facebook WhatsApp X Telegram MANAGE YOUR WORKSHOP ON THE GO Download ENGARAGE App Now! Your inventory is updated with every work order completed so you can track every spare part movements, reducing risk of lost stock & service disruption. Daftar ENGARAGE Percuma Sekarang Back to Blogs
Work Order Kucar-Kacir Buat Bengkel Anda Serabut!

BLOGS Masalah work order yang tidak teratur boleh menjejaskan operasi bengkel kereta anda. Ini boleh menyebabkan kelewatan dalam penyelesaian tugasan, kehilangan dokumen penting dan kadang-kadang kesilapan dalam membuat pengiraan komisen di hujung bulan. Sebagai pemilik bengkel kereta, anda pasti kusut dengan masalah work order yang kucar-kacir. Jadi bagaimana anda boleh mengatasi semua masalah ini? Mari kita lihat penyelesaian mudah yang boleh anda lakukan dengan segera. Menetapkan Tanggungjawab yang Jelas Bagi Setiap Staf Tentukan tanggungjawab setiap staf untuk memastikan bahawa setiap tugas diterima dan dilaksanakan dengan tepat. Prosedur yang jelas untuk mengeluarkan, menerima, dan menyelesaikan work order, termasuk siapa yang bertanggungjawab untuk menyemak dan mengesahkan tugas yang telah selesai boleh mengurangkan kekeliruan. Ini boleh membantu mengelakkan kesilapan dan memastikan bahawa semua tugas dilaksanakan tepat pada masanya. Penggunaan perisian atau aplikasi untuk mengatur dan menjejak work order juga boleh membantu mengelakkan kesilapan dan memastikan bahawa semua tugas dilaksanakan tepat pada masanya. Menyimpan Salinan Setiap Work Order Menyimpan salinan setiap work order adalah penting untuk memastikan bahawa semua maklumat mengenai tugas yang dilakukan dan perkembangan tugas disimpan dengan baik dan mudah dicapai. Cara mudah untuk menyimpan salinan work order adalah dengan menggunakan dokumen bercetak atau fail elektronik, seperti fail Microsoft Word atau Excel. Anda juga boleh menggunakan perisian atau aplikasi khusus untuk menyimpan dan menjejak work order. Penting untuk memastikan bahawa salinan setiap work order disimpan dengan rapi dan dapat diambil dengan mudah pada bila-bila masa. Ini akan membantu dalam memantau prestasi dan melakukan penambahbaikan berterusan pada sistem work order. GET FREE E-BOOK Want FREE Marketing Tips for your Workshop? We’ll send it right to your inbox! Get our free e-book on marketing tips for auto repair workshop. Available in English & Bahasa Malaysia. Get FREE E-Book Now Mengatur Work Order Menggunakan ENGARAGE Penggunaan sistem pengurusan bengkel seperti ENGARAGE adalah langkah paling mudah untuk mengatur work order dalam bengkel kereta anda. ENGARAGE adalah suatu sistem yang membantu bengkel kereta anda dalam mengatur, mengawasi, dan mengendalikan work order anda dengan lebih baik. Sistem ini membolehkan bengkel untuk: Mengeluarkan dan menerima work order secara digital Menyimpan dan mengakses maklumat work order dengan mudah Menjadualkan dan menyelaraskan tugasan Menyediakan laporan prestasi dan analisis data Meningkatkan komunikasi antara staf Dengan menggunakan sistem pengurusan bengkel seperti ENGARAGE, bengkel kereta anda dapat meningkatkan produktiviti dan efisien kerja, mengurangkan kelewatan dan kesilapan, dan memastikan bahawa semua tugas dilaksanakan dengan baik. Apa Itu ENGARAGE? Sistem seperti ENGARAGE adalah sejenis perisian yang digunakan untuk menguruskan kegiatan bengkel kereta. Sistem ini biasanya menyediakan pelbagai fungsi yang membantu pemilik bengkel menjadualkan kerja-kerja pembaikan dan servis kereta, mengurus kewangan bengkel, dan menyediakan laporan yang tepat mengenai kegiatan bengkel. Sistem pengurusan bengkel kereta juga boleh membantu meningkatkan tahap efisien bengkel dengan memudahkan pemilik bengkel untuk memantau dan menguruskan kegiatan bengkel secara lebih cekap. Cuba ENGARAGE, Percuma Selain dari mengatur work order, ENGARAGE juga mempunyai banyak kelebihan lain untuk pemilik bengkel kereta. Laporan jualan harian: ENGARAGE mempunyai dashboard yang menyediakan maklumat penting dan statistik mengenai kegiatan bengkel kereta secara ringkas dan mudah difahami. Meningkatkan tahap efisien: Dengan menggunakan sistem pengurusan bengkel kereta ENGARAGE, proses pembaikan dan servis kereta boleh dilakukan dengan lebih cekap, mengurangkan masa yang diambil untuk menyiapkan setiap kerja. Mengurangkan kesilapan & terlepas pandang: ENGARAGE boleh membantu mengurangkan kemungkinan kesilapan semasa melakukan kerja pembaikan dan servis kereta, yang boleh menyebabkan kekecewaan pelanggan dan kerugian kewangan. ENGARAGE menyediakan laporan yang tepat: Sistem pengurusan bengkel kereta kami boleh memberikan laporan yang tepat mengenai keputusan kerja pembaikan dan servis kereta, termasuk kos yang terlibat dan masa yang diambil. Memudahkan komunikasi: ENGARAGE boleh memudahkan komunikasi antara pemilik bengkel, staf, dan pelanggan, menyediakan platform yang mudah untuk bertukar maklumat dan mengelakkan sebarang kekeliruan. Meningkatkan kepuasan pelanggan: Dengan menggunakan sistem pengurusan bengkel kereta ENGARAGE, pemilik bengkel boleh meningkatkan kepuasan pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap dan tepat pada masanya. Cuba ENGARAGE Hari Ini Juga. Daftar sekarang dengan tekan link di bawah. Cuba ENGARAGE Sekarang! MANAGE YOUR WORKSHOP ON THE GO Download ENGARAGE App Now! Your inventory is updated with every work order completed so you can track every spare part movements, reducing risk of lost stock & service disruption. Back to Blogs
Bengkel Anda Lebih Gempak Dengan ENGARAGE!
BLOGS Penat uruskan bengkel kereta sampai tak cukup tangan? Tak penat kalau pakai ENGARAGE! Tingkatkan produktiviti & uruskan tenaga pekerja dengan lebih cekap apabila anda bertukar kepada sistem ENGARAGE. Ianya sebuah sistem yang mencakupi pelbagai aspek seperti menguruskan temujanji servis kereta & pemasaran digital. Selain dari itu, ENGARAGE juga menyediakan segala keperluan pengurusan bengkel dalam satu sistem untuk anda. Apa Itu ENGARAGE? Sebuah sistem yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia, ENGARAGE membantu anda dari segi mengurus & mengawal operasi harian di dalam bengkel kereta anda. Ianya meliputi pelbagai aspek seperti pengagihan tugas, pengurusan masa, & pemantauan prestasi mekanik yang boleh meningkatkan produktiviti. ENGARAGE juga boleh membantu dalam pengurusan inventori & analisis jualan, sekaligus menjadikan operasi bengkel kereta anda lebih teratur. Kenapa Anda Perlu Guna ENGARAGE? 1. Buku Log Membebankan Ucapkan selamat tinggal kepada buku log yang melecehkan & simpanan rekod yang senang pudar! Dengan menggunakan ENGARAGE, anda boleh semak segala rekod lampau bengkel anda sepantas kilat. Semak jumlah jualan semasa, produktiviti mekanik, atau maklumat pelanggan dengan mudah tanpa perlu merujuk kertas kerja & buku log lama bila anda pakai ENGARAGE. Di dalam dunia yang serba pantas, pelanggan anda juga mahukan kepantasan. Buku log & catitan tangan akan melambatkan gerak kerja anda. Bertukarlah ke ENGARAGE hari ini untuk elak sebarang kelewatan. 2. Sistem Pemfailan Mengelirukan Anda runsing dengan sistem pemfailan bengkel yang rumit? ENGARAGE boleh membantu anda dalam pengurusan temujanji & inventori. Anda hanya perlukan laptop atau telefon pintar! Jangan risau, anda tak perlu jadi pakar IT untuk menggunakannya. ENGARAGE mudah difahami & dikendali oleh sesiapa sahaja kerana ia mempunyai tampilan yang mengikuti langkah-langkah yang logik. GET FREE E-BOOK Want FREE Marketing Tips for your Workshop? We’ll send it right to your inbox! Get our free e-book on marketing tips for auto repair workshop. Available in English & Bahasa Malaysia. Get FREE E-Book Now Tingkatkan Kepuasan Pelanggan Perkara yang sering bermain dalam minda pemilik bengkel adalah cara untuk menawan hati pelanggan baru & lama. Langkah terbaik adalah dengan berhubung secara langsung dengan mereka melalui SMS & emel promosi. Melalui ENGARAGE, anda boleh hantar peringatan terus ke pelanggan. Ingatkan pelanggan anda tentang penyelenggaraan kenderaan mereka yang akan datang & juga promosi terkini bengkel anda dengan alat pemasaran yang sudah tersedia ada di dalam ENGARAGE. Teruja nak guna ENGARAGE? Sistem ini memiliki semua yang anda perlukan untuk pengurusan aktiviti harian di bengkel kereta anda. Anda pengguna aplikasi POMEN For Workshop atau POMEN Smart Workshop? Anda boleh teruskan login menggunakan nama pengguna dan kata laluan akaun POMEN For Workshop atau POMEN Smart Workshop anda. Jom, cuba ENGARAGE sekarang! Cuba ENGARAGE Sekarang! MANAGE YOUR WORKSHOP ON THE GO Download ENGARAGE App Now! Your inventory is updated with every work order completed so you can track every spare part movements, reducing risk of lost stock & service disruption. Back to Blogs